BENGKEL PENULISAN BLOG EKSA
3 Mei 2017 (Rabu) - Jawatankuasa Induk Eksa Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan dan Jawatankuasa Promosi telah mengadakan Bengkel Penulisan Blog EKSA bertempat di Pusat Kecemerlangan TM1, Institut Ukur dan Tanah Negara (INSTUN). Bengkel tersebut telah dihadiri oleh hampir 30 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Zon, Ajk Promosi Zon serta wakil daripada 11 Zon EKSA MDTM.
Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Puan Siti Sharifah Idura binti Syed Hassim iaitu Pengerusi Jawatankuasa Promosi EKSA, Majlis Daerah Tanjong Malim.
No comments:
Post a Comment